Jumaat, 14 Oktober 2011

rindu

hati aku
kerap memangil-manggil
detik-detik
yang aku inginkan

aku
aku tak pernah berpeluang
merehatkan jiwa aku
aku selalu membiarkan
hati aku
mengalirkan air matanya

aku serik
serik dengan segala yang aku alami
aku ingin berubah
tapi, di mana?
di mana harus aku bermula?
sedangkan aku tiada siapa yang sanggup
menahan aku, menjadi tempat aku bertahan

aku bukannya berharap
aku cuma inginkan sokongan
dari orang yang aku percaya
dari insan yang aku cintai

tapi,
tiada siapa yang memahami
jiwa aku
hati aku
aku sudah berhijrah
tapi kenapa tiada yang menerima dengan ikhlas?
dengan hati yang terbuka?

aku tertanya-tanya
apakah aku ini
hanyalah satu penyusahan buat mereka


aku rindu
aku rindu dengan suasana yang tak pernah aku alami
rindu dengan segala yang aku cintai
hati aku terpaksa kerana dipaksa
membohongi diri yang sekian lama menyepi
menidakkan apa di hati

aku tahu
aku tak sepatutnya berharap walau sedikitpun
tapi, salahkah aku, menginginkan yang terbaik untuk aku?
untuk semua?

apa yang aku rindu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan