Khamis, 14 Oktober 2010

Cengkaman di ...

aku sering terbayangkan
jika dia itu bukan dia
tapi dia itu dia
yang sering aku harapkan selalu
agar sentiasa aku dapat
inspirasi sumber hidayah dari-Nya
tapi bilakah?
bilakah saat itu kembali semula
ke pangkuanku 


i miss to chat with him, who always inspire me, and i wish also, that he's not my kumbang anymore...

Rabu, 15 September 2010

hati ini

aku semakin terkenangkan kamu
dan aku, semakin teringatkan kamu
tapi mampukah aku
untuk meraih perasaan itu kembali?

tergelak aku sendirian
mengenangkan perkara yang tidak akan terjadi
tergelak aku sendirian
memikirkan perkara yang akan terjadi
sengaja aku
ahh... terlalu merindui kamu

aku biarkan, perasaan ini meranapkan aku
salah kah aku?????


HASYARUL HASAN

Ahad, 28 Mac 2010

hikmah datang menuruti kejadian
menyusuri dalam keinsafan
mencari dalam kedamaian iman
Al-Qur'an dan hadis Rasulullah S.A.W menjadi pedoman

susah rasanya mencari hidayah
hidayah Allah menjadi rebutan
andai bisa dimiliki
akan dijaga sepenuh jiwa
agar tidak hilang kembali
beramal mengekalkan ia
taman Islam indah di jiwa
berikanlah hidayah-Mu kepada ku

akan ku selitkan doa kepada-Mu
tercari-cari akan kebenaran
tarbiah Islam yang mengubah
perspektif lain yang bersifat prejudis
ukhuwah mengeratkan hubungan
silaturrahim kekal berpanjangan

basahkan lidah dengan kalamullah
indah mendengar alunan-alunan zikrullah
merindui suasana harmoni
meningkatkan iman di hati...

Jumaat, 12 Mac 2010

derita hatiku

hatiku luruh
berdentum hebat
mengenang yang lama
aku menjadi sayu

aku ibarat permainan
siapa yang fahami diriku
daku ingin mengenalinya
tapi, adakah?

simpan kotak hatiku
penuh dengan isi luahan
biarlah cinta memaksa
Ya Allah, aku berlindung pada-Mu...

air mata hatiku menitis biar saja
air mata mereka jangan sampai
aku rela diriku sahaja
tapi janganlah diapa-apa diriku

tidak rela aku begini
takut ku hilang iman
jangan kau godaku
makhluk yang dilaknat Allah

kuatkanlah imanku
aku tahu ini dugaan
untuk menempah tempat mulia disisi-Mu
aku redha dengan ketentuan-Mu

tidak ku tahu tentang ini
tapi mengapa mereka hanya mendiamkan diri
sejuta tanda tanya aku benamkan sahaja
itu urusan mereka dengan Allah

ku tekad
menyiram subur cintaku pada-Nya
akan ku hiaskan dengan nama kekasih-Nya
maka aku cinta pada mereka...

benar aku katakan sahabat

aku pernah memberi duri
walaupun yang diminta bunga
tapi bukan niatku begitu
benar aku katakan sahabat

aku tahu menyakitkan hati
aku tahu hatinya menangis keranaku
tapi aku tidak sengaja
benar kau katakan sahabat

raut wajahnya sudahpun ku tahu
betapa terasa dan kecewa dirinya
tapi sudah aku menyatakannya
benar aku katakn sahabat

betapa ku tahu betapa deritanya dirimu
betapa kau tahu aku bersalah
tapi mengapa tidak dikatakan
benar aku katakan sahabat

kini kita jarang bersama
malah kita ibarat terpisah jauh
tapi mengapa dan apa halangannya
benar aku katakan sahabat

aku merasakan tidak adil padanya
melupakan dan menjauhkan diri
tapi sungguh hatiku...

BENAR AKU KATAKAN SAHABAT

Jumaat, 5 Mac 2010

Astaghfirullah..

aku terasa terkilan
apabila melihat sekelilingku
aku merasa sakitnya hati
melihat perangai yang tiada adab
apakah mereka tidak malu
dengan perbuatan mereka 
yang memalukan
sedangkan aku yang melihat
yang menangung malu melihat mereka
ibarat tiada apa yang akan berlaku
Masya Allah
tidakkah mereka teringatkan Tuhan?
Allah yang Maha Melihat?
tidakkah mereka berasa takut?
kepada Allah S.W.T?
Ya Allah, jika benar mereka tidak diberi kensafan
berikanlah ia kepada mereka Ya Allah
aku tidak ingin melihat ini semua lagi
kerana ianya hanya akan menyakitakn hati
tetapi, mengapa aku yang merasa 
bukannya mereka?
lawak bodoh meraka langsung tidak boleh diterima
merendahkan dan mempermainkan orang lain
Astaghfirullah
menitisnya air mata hatiku
kecewa dengan apa yang berlaku
ingatlah, sayang kita hanya sementara sayang
sayang Allah untuk selamanya
aku memikirkan ia
apakah ianya hanyalah satu petanda
hari menggemparkan duni akan datang?
Subhanallah, Allah Maha Besar...

Jumaat, 12 Februari 2010

teringatkan dia...

ku melihat matanya yang kuyu
dia memandangku dengan penuh sayu
seperti ada sesuatu yang ingin diberitahu
ku mengalihkan pandangan

berdebar-debar ku teringatkan dia
tapi benci yang membuatkan ku menjadi ego
berdebar-debar ku melihatnya
walaupun hanya sekeping gambar...

tiada seorang pun yang berani
ku menatap matanya
kerana pandangan mata adalah bahaya bagiku
yang menikam menusuk jantungku

kalau benar katakan ya
kalau tidak diamkan saja
tapi apa yang ingin aku katakan
aku rindukan kamu...

miss him damn so much!!!

Khamis, 11 Februari 2010

biarkan ia berlalu

geram mula tumbuh di hati
yang menyusul di jiwa sakit hati
dendam membara menguasai diri
aku mohon, janganlah biarkan ia berlaku

luka di hati dibiarkan
mencari ubat yang tidak akan dijumpa
hanya kitab suci menjadi peneman
biarlah ia menjadi parah

wajarkah membiarkan diri kita dilukai
sedangkan diri mereka sedang berbahagia
mengapa hanya kita yang prihatin terhadap mereka
sedangkan mereka, menutup mata sahaja

tidak puas lagikah
mencari noda dari gadis yang hanya menerima
cerca dan dugaan yang menghempap
sampai bilakah ia akan berlalu?

kenapa tidak ramai yang memahami
apa yang diingini oleh diri ini
kenapa ramai yang sering mencari
sakit hati dan dendam yang akan berbalik...

tidakkah mereka berasa bersalah walau sedikitpun
tidakkah mereka berasa berdosa walau sebesar biji sawi pun
kenapa ego yang menguasai diri
kenapa tidak mencari kesalahan diri

biarlah awan yang meneduhkan hati ini
daripada sinaran matahari yang membakar hati ni
biarlah hujan yang menyejukkan jiwa ini
daripada panas yang membawa dendam kepada jiwa ini

mungkin, ini hanya sementara
menunggu kebahagiaan yang selamanya
biarpun ada yang menoreh mencucuk
aku rela dari mencari kemurkaan...

Jumaat, 5 Februari 2010

perasaan

pernahkah kau mencuba
mencuba memahami 
diri ini

pernahkah kau mencuba
mencuba mengambil
hati ini

meskipun diriku tah pernah mengaku
hatiku hanya ada dirimu
sering menafikannya

diri ini sendiri tidak tahu
mengapa hati ini sentiasa
menafikan perasaan yang mula tumbuh
membesar menyelimuti jiwa ini

biarlah ini berlalu
kerna menyintaimu
cukup membahagiakan diriku

Sabtu, 30 Januari 2010

perasaan yang tak ingin

mengapa ini terjadi
kenapa muculnya perasaaan ini
apa maksudnya
kenapa diri ini

cuba mengelak dari 
perasaan yang membawa
diriku hanyut ke dunia
yang penuh dengah noda

sedihkah diri ini
atau perasaan gembira yang mendatang
apa maksudnya
geram memahami perkara ini

bilakah ia akan berakhir
mungkin ada yang akan mengganti
sesuatu yang bertahun di hati
rindu menggunung mencari awan di langit...

*cuba mencari makna yang tersembunyi

Jumaat, 29 Januari 2010

bila dah terluka

bila hati sudah pun terluka
mungkin sudah tiada ruang lagi
bila hati sudah mencuba
xkan ada paksaan lagi

hanya mimpi di awangan
tp nama pun mimpi
xkan menjadi kenyataan
akan ku simpan dalam hati

cita-cita tinggi jauh di langit
macam mana nak capai
tiada sokongan di hati
di hati yang cukup terluka...

tak cukup lagi kah?
hati ini dilukai
dari luar dan dalam
mungkin, tiada siapa yang memahami

redha dengan segalanya
siapa tahu, ada hiknah yang tersembunyi
siapa tahu, mungkin ada yang mencerca diri ini
biarlah, ia berlalu

bagaimana hendak memahami
sedangkan dengan diri sendiri
sahaja tak dapat memahami
ingin saja diselami

biarlah gerimis jatuh
sekurang-kurangnya tumbuhan ada hendak meminumnya
yelah, makanan dah tiada
gerimis sahajalah yang dinantikan

to: shafiqahbasari

senpurnakah diri ini

hidup tak pernah sempurna
dan tak akan pernah sempurna
mencari kesempurnaan
ahh...tak akan pernah sempurna

sesekali kita menyakiti seseorang
mungkin kita tidak sedarinya
mungkin juga kita lakukannya secara langsung
tapi, tiada juga kata maaf...

diri ini pernah disakiti
pernah dilukai
tapi pernahkah ia diminta dimaafi?
jangankan sekali tak akan pernah terjadi

siapalah diri ini untuk diminta maaf...
sungguh kerdil rasanya
ibarat hati ini disiat-siat
tanpa belas kasihan

tak akan pernah membenarkan
sejarah silam berulang kembali
biarlah hati ini sahaja yang terluka
menangisi segala yang terjadi...

Jumaat, 8 Januari 2010

SYURGA kehidupan

Syurga kehidupan
menjaga diri kita
meniti masa
untuk menjadi tua


Syurga kehidupan
tidak berguna tanpa ilmu
ilmu yang dapat digunakan
didunia dan diakhirat


Ya Rabb
sempurnakanlah hidupku
sebagaimana Kau sempurnakan ku
untuk menjadi muslimah yang kuat imannya


Ya Rahman
kasihanilah daku
ringankanlah beban-Mu, yang Kau berikan
kerna Kau ialah Ar-Rahman


Sempurnakanlah hidupku
syurga kehidupan
ilmu yang melimpah ruah
hingga ke akhir hayatku...