Jumaat, 3 Oktober 2014

In desperation

The thing
I have here
In my heart
Is taking me down
The feelings
Screaming
Cries
Sorrow
.
Squeezed in between
Suffocated
How to
Breath?
Let me
Out!
Out from
This suffocating world
The cries
The silent cry
Invisible scream
The deep sorrow
Crushed
Let me out!
Tears
Aren't flowing
How to?
.
Hug
Calm
Sooth
Please
.

Harus bagaimanakah

Aku sedih
Aku kecewa
Bukan ini yang aku harapkan
Tak bolehkah jika semua memahami?

Sukarkah?
Payahkah?
Susahkan menjadi seperti yang sepatutnya?
Apakah kau tidak mengerti tanggungjawab yang sebenarnya?

Sakit remuk hatiku
Tapi mungkin sakit lagi dia yang sentiasa di sisi
Air mata tak mungkin aku alirkan lagi
Kuat, Kemy kuat!

Aduh!
Harus bagaimana lagi?
Berapa kali perlu aku katakan?
Bagaimana perlu aku sedarkan kau?

Apa ego kau tinggi?
Apa kau fikir hidup ini untuk kau seorang?
Atau memang selama ini kau keseorangan? Dalam dunia khayalan kau?

Jika diturutkan
Aku tak ingin kembali
Ingin jauh selalu dari situasi ini
Ingin pergi dari hidup ini

Aku tersepit!
Aku tersepit!
Harus bagaimana lagi hidup aku?

Aku tak ingin sengsara lagi
Tolonglah fahami
Tolonglah fahami kondisi aku.


Sabtu, 2 Ogos 2014

Tarik aku


Aku yang selalu tewas
Tenggelam dalam lautan perasaan
Keliru dalam fikiran
Aku tersasar jauh

Tariklah aku
Tariklah aku dan selamatkan aku
Aku dah kejauhan
Berikan aku pernafasan


Sesedarku
Dia cuba menarik ku dari dunia ku.

Ahad, 13 April 2014

Kuatkan aku, teguhkan hatiku

Ya Allah
Aku dalam usaha untuk berhijrah
Aku ingin berubah sepenuhnya
Aku telah jatuh hati padaMu
Aku dalam perjalanan mencari keberkatanMu
Impian aku adalah syurgaMu

Ya Allah
Sesungguhnya aku rasakan dunia ini terlalu pahit untukku
Terlalu perit untukku telan segala kepahitan
Terlalu sakit untuk aku hadapi sendirian
Maafkanlah aku jika aku tersasar dalam kekeliruan

Ya Allah
Ampunilah aku
Bantulah hambaMu ini menjaga hatinya
Dari segala cacian dan makian
Hinaan dan prasangka
Serta segala yang mampu memakan diriku
Bantulah hambaMu ini
HambaMu yang lemah dan kerdil
Yang tak mampu lakukan apa apa
Kerana Engkau yang Berkuasa 
Dan Berhak
Keatas ku

Rabu, 19 Mac 2014

Merantau beribadah






Doakan aku selamat pergi dan pulang.






Ahad, 16 Mac 2014






Kebodohan aku terserlah tika ini.




Im contemplating on something beneficial on me.








Sabtu, 15 Mac 2014

Beginikah?

Aku tak tahu
Apa yang telah dan sedang terjadi
Sedang ramai yang masih meratapi
Tapi ada yang kian melupai

Apa
Sebenarnya beginikah hidup kita?
Harus bersuka ria melupakan segalanya
Menjadi hamba kepada dunia yang belum tentu semata
Alpa bahawa kita kian dekat dengan Dia

Tak tahu harus ku katakan apa
Sudah cukup malu aku menanggung
Hinaan yang telah mereka contengkan 
Terputus kata kata
Seolah olah agama dan adat tak pernah wujud
Kesal aku

Sungguh aku kesal.





Sukar untuk aku menggenggam hati aku kembali.











.

Kau

Aku masih ingat
Dulu tika aku lihat mu buat pertama kali
Aku rasa biasa saja
Ku akui, hatiku sedikit tertawan dengan rupa mu itu
Tapi rupa bukan segalanya

Dan aku masih ingat
Seringkali kau curi lihat aku
Mungkin aku yang perasan saja
Tapi aku tak mampu tipu diriku
Hati aku semakin tertarik untuk diri mu

Aku ingat lagi
Bila aku yakin aku suka akan kamu
Seolah bahagia yang mendatangi diri ku
Walau mungkin aku hanya keseorangan
Dan diri mu seolah mempermainkan aku

Aku juga ingat
Di kala aku rasa kau tidak sepadan dengan ku
Ku cuba seusaha mungkin untuk melupakan mu
Meyakinkan diri dan hati kau bukan untukku
Kerana kau menyakiti ku dalam diam

Aku ingat
Di kala aku sangka aku sudah usir mu dari kotak hati ku
Rupanya wajah mu seringkali cuba menjengah hati aku
Aku runtun, kecewa dengan diriku
Membiarkan kamu menguasai ku kembali

Aku masih ingat
Seperti kamu sudah mampu meneruskan perjalanan mu
Aku masih tidak mampu meneguhkan hatiku
Melihatkan kamu yang seolah bahagia
Aku terkeliru sendiri

Aku masih ingat
Hampir saja aku meratapi hati aku sendiri
Kenapa harus diri mu yang membaluti hati aku
Sedang kau tak punya apa yang aku inginkan
Aku rasa aku tak mampu lagi

Dan aku masih ingat
Kau meneruskan hidup mu
Seolah olah aku tidak pernah muncul
Bahagia dikelilingi rakan rakan kamu
Sungguh aku cemburu melihat mu yang mampu sebegitu

Aku
Aku tak tahu sampai bila aku begini
Bila aku mampu melupakan mu sepenuhnya
Sedang kita tak pernah berbicara, apa lagi berdepan
Magis apa yang kau taburkan pada ku?

Aku yang bersedih sendirian.

Aku

Aku renung rembulan itu
Yang sembunyi di sebalik awan
Begitu perasaan ku
Sembunyi di sebalik redup mata ku

Tidak kah kau mengerti?
Tidakkah kau fahami?
Ini aku
Aku yang kau sedang hadapi

Tapi sudah tentu
Kau tidak pernah mengenali aku
Kini, biar aku yang mengerti
Biar aku yang fahami
Yang kau kenal adalah rupaku
Tapi bukan Cahaya Sempurna itu
Dan aku mengerti
Kau tidak pernah ikhlas dalam menuntut hati aku

Sesungguhnya
Aku cukup terasa seperti kau mempermainkan aku
Kau memperbodohkan aku

Ini aku
Aku yang kau sedang hadapi

Usah kau berpura kenal aku
Sedangnya tidak sedetik pun kau tahu aku.

Jumaat, 21 Februari 2014

Kau dan aku

Kelu
Pilu
Hatiku berdetak-detak sebegini rupa
Perasaanku, berkecamuk sendirian

Aku yang selalu
Memikirkan kita
Aku yang selalu
Berhadapan
Aku yang selalu, 
Mungkin, aku sahaja

Aku sendiri keliru
Haruskah?
Haruskah aku melupakan sahaja?
Tapi aku tak mampu
Seolah-olah ini semua tak pernah berlaku
Aku tak akan pernah berdusta

Antara kau dan aku
Mungkin aku sahaja
Mungkin,
Aku terlebih mencurahkan kasih

Sabtu, 15 Februari 2014

Pengisian Hati

Aku sendirian
Terasa sunyi, walau dalam keriuhan ahli
Menyendiri walau dalam keramaian
Terasa kosong
Lapang bukan jawapannya

Rindu menusuk kalbuku
Seperti sesuatu yang menyucuk-nyucuk jiwaku
Terasa pilu, kerana aku sendiri tidak tahu
Apakah yang menimbulkan kerinduan di hatiku

Aku perlukan sesuatu
Sesuatu yang mampu mengisi hari-hariku
Sesuatu yang mampu mengubah diri aku
Dari sekecil-kecil hati sehingga sebesar-besar jiwa
Yang mampu memegang teguh roh aku

Kenapa terasa sukar
Saat aku berusaha ke arah sesuatu
Walaupun ku tahu, Dia menduga aku
Aku cuba, cuba memahami
Apa yang berselindung di sebalik itu.