Sabtu, 14 Mei 2011

manusia sempurna

di dunia
kehitaman, kegelapan
di celah-celah kehidupan
ada yang masih, tahu mencari ke arah jalan ilahi

biarpun tiada yang lengkap,
tiada yang terbaik
tiada yang cantik
kerana yang sempurna itu
pasti ada kelemahannya di muka bumi ini

manusia sempurna
insanul kamil
sentiasa tegak, teguh berdiri
bersama iman yang kukuh
pergi ke fisabilillah

mendoakan kesejahteraan mukmin
membimbing manusia, ke arah kebenaran
ke arah siratul mustaqim
agar tidak luput di ingatan
bahawa Allah dan Rasul masih wujud dalam hati Islam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan