Jumaat, 5 Mac 2010

Astaghfirullah..

aku terasa terkilan
apabila melihat sekelilingku
aku merasa sakitnya hati
melihat perangai yang tiada adab
apakah mereka tidak malu
dengan perbuatan mereka 
yang memalukan
sedangkan aku yang melihat
yang menangung malu melihat mereka
ibarat tiada apa yang akan berlaku
Masya Allah
tidakkah mereka teringatkan Tuhan?
Allah yang Maha Melihat?
tidakkah mereka berasa takut?
kepada Allah S.W.T?
Ya Allah, jika benar mereka tidak diberi kensafan
berikanlah ia kepada mereka Ya Allah
aku tidak ingin melihat ini semua lagi
kerana ianya hanya akan menyakitakn hati
tetapi, mengapa aku yang merasa 
bukannya mereka?
lawak bodoh meraka langsung tidak boleh diterima
merendahkan dan mempermainkan orang lain
Astaghfirullah
menitisnya air mata hatiku
kecewa dengan apa yang berlaku
ingatlah, sayang kita hanya sementara sayang
sayang Allah untuk selamanya
aku memikirkan ia
apakah ianya hanyalah satu petanda
hari menggemparkan duni akan datang?
Subhanallah, Allah Maha Besar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan