Sabtu, 15 Mac 2014






Sukar untuk aku menggenggam hati aku kembali.











.

Kau

Aku masih ingat
Dulu tika aku lihat mu buat pertama kali
Aku rasa biasa saja
Ku akui, hatiku sedikit tertawan dengan rupa mu itu
Tapi rupa bukan segalanya

Dan aku masih ingat
Seringkali kau curi lihat aku
Mungkin aku yang perasan saja
Tapi aku tak mampu tipu diriku
Hati aku semakin tertarik untuk diri mu

Aku ingat lagi
Bila aku yakin aku suka akan kamu
Seolah bahagia yang mendatangi diri ku
Walau mungkin aku hanya keseorangan
Dan diri mu seolah mempermainkan aku

Aku juga ingat
Di kala aku rasa kau tidak sepadan dengan ku
Ku cuba seusaha mungkin untuk melupakan mu
Meyakinkan diri dan hati kau bukan untukku
Kerana kau menyakiti ku dalam diam

Aku ingat
Di kala aku sangka aku sudah usir mu dari kotak hati ku
Rupanya wajah mu seringkali cuba menjengah hati aku
Aku runtun, kecewa dengan diriku
Membiarkan kamu menguasai ku kembali

Aku masih ingat
Seperti kamu sudah mampu meneruskan perjalanan mu
Aku masih tidak mampu meneguhkan hatiku
Melihatkan kamu yang seolah bahagia
Aku terkeliru sendiri

Aku masih ingat
Hampir saja aku meratapi hati aku sendiri
Kenapa harus diri mu yang membaluti hati aku
Sedang kau tak punya apa yang aku inginkan
Aku rasa aku tak mampu lagi

Dan aku masih ingat
Kau meneruskan hidup mu
Seolah olah aku tidak pernah muncul
Bahagia dikelilingi rakan rakan kamu
Sungguh aku cemburu melihat mu yang mampu sebegitu

Aku
Aku tak tahu sampai bila aku begini
Bila aku mampu melupakan mu sepenuhnya
Sedang kita tak pernah berbicara, apa lagi berdepan
Magis apa yang kau taburkan pada ku?

Aku yang bersedih sendirian.

Aku

Aku renung rembulan itu
Yang sembunyi di sebalik awan
Begitu perasaan ku
Sembunyi di sebalik redup mata ku

Tidak kah kau mengerti?
Tidakkah kau fahami?
Ini aku
Aku yang kau sedang hadapi

Tapi sudah tentu
Kau tidak pernah mengenali aku
Kini, biar aku yang mengerti
Biar aku yang fahami
Yang kau kenal adalah rupaku
Tapi bukan Cahaya Sempurna itu
Dan aku mengerti
Kau tidak pernah ikhlas dalam menuntut hati aku

Sesungguhnya
Aku cukup terasa seperti kau mempermainkan aku
Kau memperbodohkan aku

Ini aku
Aku yang kau sedang hadapi

Usah kau berpura kenal aku
Sedangnya tidak sedetik pun kau tahu aku.

Jumaat, 21 Februari 2014

Kau dan aku

Kelu
Pilu
Hatiku berdetak-detak sebegini rupa
Perasaanku, berkecamuk sendirian

Aku yang selalu
Memikirkan kita
Aku yang selalu
Berhadapan
Aku yang selalu, 
Mungkin, aku sahaja

Aku sendiri keliru
Haruskah?
Haruskah aku melupakan sahaja?
Tapi aku tak mampu
Seolah-olah ini semua tak pernah berlaku
Aku tak akan pernah berdusta

Antara kau dan aku
Mungkin aku sahaja
Mungkin,
Aku terlebih mencurahkan kasih

Sabtu, 15 Februari 2014

Pengisian Hati

Aku sendirian
Terasa sunyi, walau dalam keriuhan ahli
Menyendiri walau dalam keramaian
Terasa kosong
Lapang bukan jawapannya

Rindu menusuk kalbuku
Seperti sesuatu yang menyucuk-nyucuk jiwaku
Terasa pilu, kerana aku sendiri tidak tahu
Apakah yang menimbulkan kerinduan di hatiku

Aku perlukan sesuatu
Sesuatu yang mampu mengisi hari-hariku
Sesuatu yang mampu mengubah diri aku
Dari sekecil-kecil hati sehingga sebesar-besar jiwa
Yang mampu memegang teguh roh aku

Kenapa terasa sukar
Saat aku berusaha ke arah sesuatu
Walaupun ku tahu, Dia menduga aku
Aku cuba, cuba memahami
Apa yang berselindung di sebalik itu.

Sabtu, 25 Februari 2012

kekosongan hati

terdengar aku suara yang mengalunkan
bisikan-bisikan merdu di lautan malam
menarik-narik aku akan kerinduan
yang hanya seketika tapi kerap kembali

fikiran ku melayang kosong
terbang menuju ke awan biru
memikirkan jiwa ku yang hanya tinggal serpihan
sisa-sisa cinta yang telah aku abaikan

aku akui rindu aku pada Kasih itu
akui cinta dan sayang aku pada Dia
tapi aku semakin jauh dan jauh
meninggalkan landasan yang seharusnya aku lalui

silap aku membiarkan diri dibuai lena
terus menerus tanpa tanpa dikejutkan untuk bangun
hari-hariku gelap mencari cahaya
aku silap membiarkan kekosongan hati

kekosongan hati yang kini tidak dilalui :'(

Sabtu, 3 Disember 2011

retak

salam dari hati
jiwa aku yang kau ketepikan
membiarkan aku keseorangan
sedangkan engkau bergelak ketawa
aku dibiarkan bersendirian

dahulu
kau pernah berjanji
'kan sentiasa bersamaku, walau apa pun yang berlaku
tapi
adakah ini yang kau lakukan sekarang terhadapku?
apakah salahku?

terlalu banyak rahsia yang kau simpan dari ku
hinggakan aku tidak lagi mengenali mu
kau seolah-olah sudah berubah
seolah-olah menjauh dari hidupku
tanpa kau ketahui, aku tahu kau sedang menyorok sesuatu dari ku

pernahkah kau mengerti apa yang aku inginkan? idamkan?
aku sangkakan kau sudah mengenali aku sedekat-dekatnya
aku sangkakan kau sudah tahu aku bagaimana
tapi
ternyata
sama ada kau berpura-pura tidak tahu atau langsung tidak mengendahkannya

jujurlah pada aku
apa kau masih lagi mahu memegang janjimu itu?