Khamis, 11 Februari 2010

biarkan ia berlalu

geram mula tumbuh di hati
yang menyusul di jiwa sakit hati
dendam membara menguasai diri
aku mohon, janganlah biarkan ia berlaku

luka di hati dibiarkan
mencari ubat yang tidak akan dijumpa
hanya kitab suci menjadi peneman
biarlah ia menjadi parah

wajarkah membiarkan diri kita dilukai
sedangkan diri mereka sedang berbahagia
mengapa hanya kita yang prihatin terhadap mereka
sedangkan mereka, menutup mata sahaja

tidak puas lagikah
mencari noda dari gadis yang hanya menerima
cerca dan dugaan yang menghempap
sampai bilakah ia akan berlalu?

kenapa tidak ramai yang memahami
apa yang diingini oleh diri ini
kenapa ramai yang sering mencari
sakit hati dan dendam yang akan berbalik...

tidakkah mereka berasa bersalah walau sedikitpun
tidakkah mereka berasa berdosa walau sebesar biji sawi pun
kenapa ego yang menguasai diri
kenapa tidak mencari kesalahan diri

biarlah awan yang meneduhkan hati ini
daripada sinaran matahari yang membakar hati ni
biarlah hujan yang menyejukkan jiwa ini
daripada panas yang membawa dendam kepada jiwa ini

mungkin, ini hanya sementara
menunggu kebahagiaan yang selamanya
biarpun ada yang menoreh mencucuk
aku rela dari mencari kemurkaan...

Jumaat, 5 Februari 2010

perasaan

pernahkah kau mencuba
mencuba memahami 
diri ini

pernahkah kau mencuba
mencuba mengambil
hati ini

meskipun diriku tah pernah mengaku
hatiku hanya ada dirimu
sering menafikannya

diri ini sendiri tidak tahu
mengapa hati ini sentiasa
menafikan perasaan yang mula tumbuh
membesar menyelimuti jiwa ini

biarlah ini berlalu
kerna menyintaimu
cukup membahagiakan diriku

Sabtu, 30 Januari 2010

perasaan yang tak ingin

mengapa ini terjadi
kenapa muculnya perasaaan ini
apa maksudnya
kenapa diri ini

cuba mengelak dari 
perasaan yang membawa
diriku hanyut ke dunia
yang penuh dengah noda

sedihkah diri ini
atau perasaan gembira yang mendatang
apa maksudnya
geram memahami perkara ini

bilakah ia akan berakhir
mungkin ada yang akan mengganti
sesuatu yang bertahun di hati
rindu menggunung mencari awan di langit...

*cuba mencari makna yang tersembunyi

Jumaat, 29 Januari 2010

bila dah terluka

bila hati sudah pun terluka
mungkin sudah tiada ruang lagi
bila hati sudah mencuba
xkan ada paksaan lagi

hanya mimpi di awangan
tp nama pun mimpi
xkan menjadi kenyataan
akan ku simpan dalam hati

cita-cita tinggi jauh di langit
macam mana nak capai
tiada sokongan di hati
di hati yang cukup terluka...

tak cukup lagi kah?
hati ini dilukai
dari luar dan dalam
mungkin, tiada siapa yang memahami

redha dengan segalanya
siapa tahu, ada hiknah yang tersembunyi
siapa tahu, mungkin ada yang mencerca diri ini
biarlah, ia berlalu

bagaimana hendak memahami
sedangkan dengan diri sendiri
sahaja tak dapat memahami
ingin saja diselami

biarlah gerimis jatuh
sekurang-kurangnya tumbuhan ada hendak meminumnya
yelah, makanan dah tiada
gerimis sahajalah yang dinantikan

to: shafiqahbasari

senpurnakah diri ini

hidup tak pernah sempurna
dan tak akan pernah sempurna
mencari kesempurnaan
ahh...tak akan pernah sempurna

sesekali kita menyakiti seseorang
mungkin kita tidak sedarinya
mungkin juga kita lakukannya secara langsung
tapi, tiada juga kata maaf...

diri ini pernah disakiti
pernah dilukai
tapi pernahkah ia diminta dimaafi?
jangankan sekali tak akan pernah terjadi

siapalah diri ini untuk diminta maaf...
sungguh kerdil rasanya
ibarat hati ini disiat-siat
tanpa belas kasihan

tak akan pernah membenarkan
sejarah silam berulang kembali
biarlah hati ini sahaja yang terluka
menangisi segala yang terjadi...

Jumaat, 8 Januari 2010

SYURGA kehidupan

Syurga kehidupan
menjaga diri kita
meniti masa
untuk menjadi tua


Syurga kehidupan
tidak berguna tanpa ilmu
ilmu yang dapat digunakan
didunia dan diakhirat


Ya Rabb
sempurnakanlah hidupku
sebagaimana Kau sempurnakan ku
untuk menjadi muslimah yang kuat imannya


Ya Rahman
kasihanilah daku
ringankanlah beban-Mu, yang Kau berikan
kerna Kau ialah Ar-Rahman


Sempurnakanlah hidupku
syurga kehidupan
ilmu yang melimpah ruah
hingga ke akhir hayatku...

Sabtu, 19 Disember 2009

rinduku pada cahaya matahari

hari hari ku lihat langit mendung
hujan tanpa henti
tempias di tepi
basah dek hujan

ku rindukan matahari
matahari yang mengeringkan diriku
yang menyuburkan tanaman
yang memberikan cahaya
kepada kegelapan

hari ini
aku melihat
cahaya menyinari pagi
bersinar dalam kegelapan
matahariku...

rinduku kini
sudah terubat
melihat matahari
dingin pagi
menyinari embun...